Saturday, 28 March 2020

ADAT DAN AMALAN MASYARAKAT YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM


بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang’.



Nama-Nama Ahli Kumpulan :


  1. Muhammad Najmi Bin Mohd Nizam (02DAD19F1066)
  2. Muhammad Azni Bin Muhaizan (02DAD19F1088)
  3. Muhammad Aqilfarhat Bin Abd Rasip (02DAD19F1082)


Pengenalan


Pada era zaman serba modern ini, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat masyarakat Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan "biar mati anak, jangan mati adat".
Terdapat juga segelintir lapisan masyarakat meletakkan adat sebagai perkara wajib sehingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama sekali dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran, kematian mahupun kehidupan harian.


Isi Kandungan 

(Antara Adat-Adat / Amalan Yang Sering Dilakukan)



1. Majlis Perkahwinan.


  Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan kenduri kahwin. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing.” (Riwayat Bukhari) 

Tetapi masyarakat sering meletakkan persepsi sesuatu perkahwinan pada :

  • Adat Tol.
- Membebankan pihak pengantin lelaki dengan perbelanjaan.

  • Adat Pemakaian Pengantin.
- Memakai pakaian yang kepelbagaian tema mengikuti tema atau budaya kaum lain. Sesetengah pakaian terlalu berfesyen sehingga mendedahkan aurat kepada orang bukan muhrim.

  • Adat Hantaran.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia menyusahkan pasangan yang ingin berkahwin.




2. Majlis Menyambut Kelahiran.

  Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak. 

Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti : 

  • Meletakkan Pisau Di Bawah Bantal
- Bertujuan untuk menghalau gangguan hantu atau syaitan.


  • Adat Melenggang Perut & Membelah Kelapa
- Kepercayaan bayi dalam kandungan tidak akan selamat jika tidak melakukan upacara. Sebaliknya, bayi akan selamat jika belahan kelapa itu elok.


  • Adat Tanam Uri.
- Kepercayaan jika uri bayi perempuan ditanam dengan garam dan asam, akan menjadi pandai memasak. Manakala, uri bayi lelaki pula ditanam dengan paku supaya pandai bertukang dewasa kelak.



3. Kematian.

  Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara adat dan agama, ia akan menyebabkan umat Islam lalai dalam tanggungjawab terhadap agama. Dalam kehidupan sesetengah individu, dari segi psikologi mereka beranggapan pemergian seseorang di muka bumi ini adalah satu bebanan yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga si mati.

Hal ini kerana faktor-faktor adat Melayu lama seperti :

  • Adat Menjirus Air Mawar.
- Kepercayaan mewangikan / mneyejukkan si mati dalam kubur.


  • Adat Menghiasi Kubur.
- Menghiasi ukiran batu nisan, meletakkan pagar pada keliling kubur, mengenakan darjat/pangkat pada ukiran dinding kubur.

  • Adat Kenduri Arwah.
- Mengadakan majlis tahlil dalam tempoh tertentu hingga membebankan keluarga si mati.


Kesimpulan

  
  Secara keseluruhannya, adat resam masyarakat Melayu ini sememangnya tidak perlu dilupakan warisan malah seeloknya diwarisi secara turun temurun. Bak kata pepatah, "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Tetapi, adat resam juga perlulah menepati syarak yang ditetapkan dalam Islam dan tidak bertentangan dengannya. Kita perlu mendalami ilmu serba sedikit dengan ahli-ahli ilmuan Islam supaya dapat membezakan sesetengah perlakuan adat itu dimana secara tidak langsung dapat menjurus ke arah Syirik, Khurafat, Fitnah lalu menyebabkan kemungkaran kepada Allah swt. Subhanallah. 


Lampiran


“Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam." (Hadis Riwayat Bukhari)

“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan janganlah engkau membazir (boros) dengan melampau.” (Surah al-Isra' ayat 26)

ADAT DAN AMALAN MASYARAKAT YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ‘ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang’ . Nama-Nama Ahli Kumpulan : ...